Blog

HIDUNG

Unta boleh membuka dan menutup lubang hidungnya dengan kehendaknya sendiri, bertujuan untuk menghalang dari dimasuki pasir dan habuk. Apabila unta memusing hidung, sebenarnya ia menyejukkan hidungnya dari haba panas yang masuk kehidung.

BONGGOL

Unta tidak simpan air dalam bonggolnya sebagaimana yang disangkakan kebanyakkan orang. Bonggolnya adalah simpanan tisu lemak dimana ia mengambil tenaganya dari lemak tersebut apabila ia lemah. Ia boleh menyimpan lebih kurang 80 pound lemak dalam bonggolnya. Sekiranya ia menggunakan lemak lemak itu bonggolnya akan kempis.
Tuan punya unta akan memastikan bonggol unta nya dalm keadaan baik sebelum memulakan sesuatu perjalanan, agar perjalanannya tidak terganggu kerana kelemahan unta.

KAKI

Walaupun kaki unta kecil tetapi kuat untuk membawa bebanan yang berat dalam perjalanan yang jauh. Boleh membawa sehingga 450 kilogram. Bila berjalan, dua kaki sebelah kiri akan bergerak selari, berlawanan dengan dua kaki sebelah kanan, seperti pengayuh sebuah sampan. Sebab itu ia mendapat gelaran Bantera Padang Pasir.


TAPAK KAKI

Unta mempunyai tapak kaki yang luas dan rata, sebesar pinggan besar. Satu tapak kaki, mempunyai dua jari yang bersambung terus tulangnya ketulang kaki. Bila kakinya diletakan atas tanah, tapak kakinya akan kembang untuk mengelak dari terbenam ke dalam pasir.

JANGKA HAYAT

 Unta betina mengandung selama 13 bulan.
 Kebiasaan umur unta menjangkau 40 tahun.
 Unta dewasa boleh capai berat badan sehingga 700 kilogram.
 Sekarang terdapat lebih kurang 14 juta ekor unta di seluruh dunia.


DAGING

Daging yang segar dan sedap datang dari unta jantan muda. Daging unta amat sukar untuk dimasak secara sempurna. Kalau terlalu lama dimasak ia akan kental saperti getah.


SUSU

Susunya mempunyai lebih khasiat dari susu lembu dan kurang lemak. Sesetengah unta betina diternak untuk susunya sahaja.


BULU

Bulu unta mampu untuk menapis cuaca agar bersesuaian dengan suhu badan. Bulu unta mula luruh untuk salinan semasa musim bunga dan tumbuh sepenuhnya semasa musim luruh. Bulu yang luruh boleh mencapai seberat 2 ½ kilogram. Kebanyakkan kegunaan bulu ialah untuk membuat pakaian dan tikar.
bersambung.................

DARUL TAQWA
Seorang sahabat mengirim:
Di mana hendak kamu melintasi sempadan ?

Kalau kamu melintasi sempadan Korea selatan secara haram
Kamu akan dipenjarakan 12 tahun kerja berat.
2. Kalau kamu melintasi sempadan Iran secara haram
Kamu akan pasti di tangkap dan di dakwa
3. Kalau kamu melintasi sempadan Afghanistan secara haram
Kamu akan kena tembak
4. Kalau kamu melintasi sempadan Arab saudi secara haram
Kamu pasti akan kena penjara
5. Kalau kamu melintasi sempadan Republic Rakyat China secara haram
Orang tidak akan dengar dari kamu lagi
6. Kalau kamu melintasi sempadan Venezuela secara haram
Kamu akan dicapkan sebagai pengintip dan nasib kamu akan hilang bersama diri.
7. Kalau kamu melintasi sempadan Cuba secara haram
Kamu akan dihumban dalam penjara politik hingga reput
8. Kalau kamu melintasi sempadan Britain secara haram
Kita akan ditahan, diseksa dan di hantar ke penjara dan kekal di situ.
9. Kalau kamu melintasi sempadan MALAYSIA secara haram
Kamu akan dapat :
• PR (PEMASTAUTIN TETAP)
• Lesen memandu
• Berhaq untuk mengundi
• Kerja yg menunggu
• Dipertimbangkan untuk menjadi BUMI…..
• Dapat kad kredit
• Peluang menyewa atau membeli rumah dengan pinjaman
• Pendidikan percuma
• Kesihatan percuma


Oh MALAYSIA alangkah hebatnya Negara ini.
SIKAP DAN PERANGAI UNTA

1. Sangat patuh kepada manusia,jika disuruh duduk ,bangun,berjalan, semua akan diturutinya.
2. Kadang-kala garang kalau ia tak suka sesuatu, ia juga meludah dan menendang. Ia akan senyap dan sabar kalau ia meminati sesuatu.
3. Ia merengus dan bunyi bising jika tidak suka seseorang atau sesuatu bebanan atas belakangnya.
4. Haiwan yang kuat bekerja dan bijak.
5. Pest (kadang kadang membawa kesusahan kepada pemilik)



SUHU BADAN

Unta tidak termengah-mengah atau teruncap-uncap walaupun ia berlari dari tempat yang jauh. Ia cuma mengeluarkan sedikit peluh sahaja. Untuk mengimbangi suhu, badan unta mampu untuk mengawal suhu, bertujuan untuk mengelak dari peluh ataupun menghalang air hilang dari badannya dengan mudah. Tidak ada binatang ( mamalia )lain yang boleh berbuat begitu. Ia melaga-lagakan badan sesama sendiri di dalam kelompok untuk mengelak badan dari terlalu panas. Ia boleh hidup dalam cuaca yang panas terik sampai suhu 120 Ferenheit.


TELINGA

Telinga unta kecil tetapi pendengarannya tetap dan jitu. Walaubagaimanapun ia tetap tidak ambil endah kalau ia tak suka sesuatu arahan.

MATA

Matanya besar tetapi lembut. Mempunyai bulu mata yang tebal dan panjang. Ini adalah untuk menghalang dari sinaran matahari. Unta juga mempunyai kelopak ( lapisan ) mata yang kedua untuk menapis habuk dan pasir. Kalau sekiranya pasir memasuki juga ke dalam mata, penapis ini akan mencuci mata seperti waiper kereta mencuci cermin dari satu sudut ke sudut yang lain. Penapis ini amat nipis dan boleh dilihat melaluinya (lutsinar ). Semasa ribut pasir, unta akan menutup matanya dengan lapisan ini dan masih lagi mampu berjalan.


MULUT

Unta mempunyai mulut yang besar serta terbelah dan 34 gigi yang tajam bertujuan untuk memamah makanannya seperti pohon berduri tanpa merosakkan mulut. Juga bibirnya yang tebal saperti getah membolehkan ia makan apa saja. Ia akan menelan makanannya dahulu dan menyimpannya ke dalam perut tanpa mengunyah . Kemudian ia akan memuntah kembali makanan itu serta mengunyah makanan tersebut sedikit demi sedikit.
Bersambung...............

DARUL TAQWA
Zahar Zainul
Melayu, UMNO & Orang Puteh
Dipos 2 Mac, 2010 oleh Zahar Zainul dalam Isu Semasa
Tahniah Dato' Ibrahim Ali kerana berjaya menghimpunkan 76 NGO Melayu dan menubuhkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) dalam usaha mempertahankan hak - hak Melayu dan kesucian Islam. Kita pun tidak tahu apa yang tersirat disebalik penubuhan majlis tersebut, tunggu dan dengar.

Pada tahun 1946 dulu Dato' Onn himpun persatuan - persatuan Melayu diatas dasar hendak mempertahankan hak - hak Melayu dari 'Malayan Union' tajaan British. Kali ini buat lebih kurang macam tu juga, jadi sekarang siapa pulak yang hendak hancurkan Melayu?

Sejak 1946, dan setelah Merdeka sampai sekarang Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu (UMNO) yang mendominisi Kerajaan Malaysia. Jadi apabila MPM selamatkan Melayu yang baru ini ditubuhkan, adakah bererti yang UMNO sedang menghancurkan bangsa Melayu seperti mana British nak buat pada tahun 1946 dulu. Kerajaan yang memerintah adalah BN, yang UMNO menjadi tulang belakangnya, jadi yang tersiratnya puak - puak NGO ni nak lawan UMNO ke?.

Kalau UMNO tu pembela Melayu dan Agama Islam kenapa perlu diwujudkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM)? sebab UMNO sebuah pertubuhan yang besar keahliannya sampai angka juta, namapun Melayu bersekutu takkan tak boleh pertahan apa saja yang terlibat dengan Melayu. Bukan sekadar itu saja Raja pun masih Melayu, Perdana Menteri dan Menteri - Menteri kanan dan isteri - isteri mereka pun Melayu. Bukan setakat jaga negara, tanah Melayu pun mereka jaga, takkan MPM ini tak percaya pada mereka?

Sewaktu orang puteh jajah Tanah Melayu dulu, diantara tujuannya tak mahu Islam tu berkembang dan kuat. Dari segi sejarah setelah runtuhnya kerajaan Islam Cordova, misi mereka adalah menghancurkan Islam. Sebab itu Melaka menjadi tumpuan, diwaktu itu orang Melayu sudah Islam. Kalaulah orang puteh datang ke Melaka sebelum Parameswara, rasanya penjajahan mungkin tidak sama. Dahulu Islam di tanah Melayu akan dibangsakan pada orang melayu, sebut melayu sudah pasti Islam, sebab itu orang asli tak dipanggil Melayu. Tapi sekarang tak Islam pun boleh jadi ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu.

Ratusan tahun orang puteh telah rosakkan pemikiran orang Melayu, iaitu dengan memisahkan Melayu dan Islam. Sebab itu semangat Kebangsaan atau nasionalis berjaya dalam memerdekakan negara kita. Selepas merdeka Mahkamah Syariah menjadi Mahkamah kelas kedua, undang - undang orang puteh diambil untuk menjaga rakyat Malaysia tak kira islam atau kafir. Sampai Bank Islam pun tak rujuk mahkamah Syariah, jadi orang puteh sudah berjaya kerana orang Melayu sudah tidak yakin lagi pada ugamanya.

Orang Melayu dikenali sebagai satu bangsa yang baik hati, dulu, kini dan selamanya. Dulu bagi Pulau Pinang kat orang Puteh kemudian Singapura kat Lee Quan Yew sekarang satu Malaysia nak beri dekat siapa pun tahu lagi, tunggu dan lihatlah. Dato Onn tubuh Umno kerana hendak selamatkan raja Melayu, dan kini Raja sudahpun selamat, sepatutnya mintalah pada raja - raja untuk selamatkan Melayu, dan rasanya tak perlulah ditubuhkan macam - macam pertubuhan untuk selamat Melayu.

Sewaktu BN menang besar dalam pilihanraya 2004 dulu isu semacam ini tak dengar pun, malah di Pulau Pinang orang - orang Melayu yang kuat - kuat tak pernahpun buat 'demo' walaupun ramai orang melayu Pulau Pinang berpindah ke Kuala Ketil dan Mahang. Sebenarnya isu melayu ini tidak perlu ditimbulkan lagi, sebab yang perintah Malaysia ini pun Melayu, patutnya merekalah yang jaga melayu.

Tapi agak hairan juga semenjak mereka diberi mandat untuk jaga tanah Melayu, tanah rezab Melayu semakin hari semakin kurang. Akhbar utusan Melayu dah masuk muzium, dan banyak lagi harta - harta Melayu yang semakin hilang, ada baiknya juga tubuh MBM ini. Sebab dulu Dato' Onn berjuang nak ambil balik hak - hak orang Melayu dari orang puteh, kali ini harap - harap MBM ni ambil baliklah hak - hak orang melayu yang dah hilang. Selamat berjuang...............
Zahar Zainul
MAT SABU
Dipos 26 Februari, 2010 oleh Zahar Zainul dalam Isu Semasa
Sewaktu mendengar ceramah Tuan Hj Md Sabu baru - baru ini di Bukit Mertajam, saya dapati nada nya, caranya serta semangatnya masih sama sewaktu beliau menjadi Naib Presiden PAS dahulu dan juga masih sama seperti beliau menjadi Ahli Parlimen dulu. Begitu juga nada suara dan semangatnya tidak pernah berubah sewaktu berkempen di Permatang Pasir dahulu walaupun beliau bukan calon.

Mohd Sabu orang yang paling mudah didekati, dengan wajah yang sentiasa senyum dan ceria serta senang diajak berbual. Mohd Sabu yang lebih senang dengan panggilan Bang Mat menjadi idola ahli terbanyak disukai pelbagai lapisan malah yang 'down syndrom' pun memujanya. Ceramahnya sentiasa mendapat sambutan walaupun dalam iklim ceramah menjadi dingin. Dari segi populariti ceramah masa kini dikatakan Bang Mat ditangga kedua selepas Tok Guru Nik Aziz. 'Tok Guru Hj Hadi agak kurang sikit uummnya kerana masih mengekalkan ceramah stail lama', ujar seorang ahli yang sentiasa mengikuti ceramah PAS.

Bang Mat pemimpin berjiwa rakyat, 'kalau boleh kami nak bang mat menjadi calon' ujar pengundi di Permatang Pasir sebelum pilihanraya kecil dulu. Tapi itulah nasib Mohammad b. Sabu yang menjadi pujaan ramai tapi tak berapa disenangi oleh pimpinan pusat dan negeri. Kita singkap kembali pilihanraya kecil di Kuala Terengganu sepatutnya Bang Mat lah yang menjadi calonnya,malah Tok Guru Nik Aziz pun sudah berkempen untuknya namun isu 'anak tempatan' di mainkan. Begitu juga di Bukit Gantang, dengar khabar hanya nama Bang Mat dan Us Idris saja yang dicadangkan. Kali ini isu populariti pula dimainkan, dan akhirnya tersisih juga.

Pengundi di Permatang Pasir amat berharap Bang Mat bertanding di Permatang Pasir, tapi kali ini isunya Bang Mat tarik diri. Kenapa Bang Mat tarik diri? Satu soalan yang sukar di jawab. Walaupun perkara ini sudah berlalu, penulis rasa ianya perlu diperbincangkan, kerana seorang ahli politik yang menjadi pujaan semua lapisan masyarakat termasuk juga cina dan india sering diketepikan. Tidak dapat dinafikan ceramah Bang Mat sentiasa mendapat sambutan, kadang - kadang penulis melihat 'kalau nak cari duit' panggil saja Bang Mat ceramah. Di Pulau Pinang, terutamanya kawasan Tasek Gelugor seringkali Bang Mat di panggil ceramah untuk cari dana. Tapi untuk jadi calon?

Bang Mat anak jati Pulau Pinang apakah tiada tempat untuknya di Pulau Pinang, sewaktu beliau menjadi PJ Pulau Pinang dulu banyaklah surat - surat layang dilayangkan oleh anak - anak negerinya sendiri. Tiada pembelaan keatas dirinya apabila difitnah, sebab itulah Bang Mat merajuk. Kenapa Bang Mat merajuk? Mungkin Kak Norma saja yang boleh menjawab. Jawatan PJ PP dilepaskan dengan alasan untuk memberi tumpuan di Pusat.

Setelah Bang Mat tinggalkan Pulau Pinang, memang beliau memberi tumpuan di Pusat tapi bertanding Timbalan Presisen kalah jua. Pertandingan kali ini macam Bang Mat bertanding Ketua Pemuda dulu 'orang lain bertanding orang lain yang beruntung'. Walau apa pun Bang Mat Seperti yang dulu, bekerja untuk parti, berkhidmat untuk Islam tak pernah kenal letih dan takut. Ditangkap polis, reman, masuk mahkamah sudah menjadi asam garam hidupnya, tapi prinsip dan gerak dakwahnya tetap sama.

Inilah permata Pulau Pinang selepas Haji Yusof Rawa, orang yang disegani kawan dan lawan, ikhlas berjuang dan beramanah ketika bekerja. Apakah PAS PP tidak mahu orang seperti Bang Mat berkhidmat untuk rakyat PP? Kuota kerusi (pilihanraya) dalam PR tak banyak dalam PP jadi biarlah yang jadi calon yang benar - benar layak serta ditakuti musuh.

Sudah sampai masanya Bang Mat kembali bertanding di Pulau Pinang, dalam keadaan pengaruh DAP yang semakin baik ia amat memerlukan rakan yang baik dan berketerampilan di samping PKR. BPPNPP sepatutnya sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya ke 13, calon - calon mesti sudah dikenalpasti dan sudah mula bekerja serta berkempen, jangan ada lagi calon 'adhock'.Gerakkerja pilihanraya sepatutnya sudah dimulai, jangan asyik bermesyuarat fasal pembahagian jawatan sahaja. Ingatlah musuh sudah bersedia dan bekerja.

Biarlah Bang Mat menjadi pemangkin PP dalam PRU 13 nanti, ayuh orang Penang kembalikan Bang Mat bersilat di negerinya sendiri.
Memaparkan 1 ke 5 dpd 54