Md Rodzi Harun
Dipos 9 Februari, 2010 oleh Md Rodzi Harun dalam Soal Jawab Korporat
Bolehkah pengarah-pengarah menyingkirkan Juruaudit?

TIDAK, mereka tidak boleh menyingkirkan juruaudit. Kuasa menyingkirkan juruaudit adalah hak prerogatif anggota syarikat. Pengarah hanya boleh mengemukakan ketetapan sebagai perakuan kepada mesyuarat agung untuk menukar atau menyingkirkan juruaudit. Beberapa peraturan dan prosedur perlu dilakukan jika langkah ini dilaksanakan.

Kenapa? Kerana teorinya Juruaudit dilantik untuk "melindungi" pemegang-pemegang saham. Jika kuasa penyingkiran diberikan kepada pengarah-pengarah, pemegang-pemegang saham seperti kehilangan "orang harapan" untuk mereka bergantung! Itu yang dilihat oleh undang-undang dengan mata separuh kabur. Kenapa saya berkata begitu? Kerana secara praktikalnya, Juruaudit sebenarnya dilantik oleh pengarah-pengarah walaupun tertulis di atas kertas bahawa Juruaudit dilantik oleh pemegang-pemegang saham.
Tag: juruaudit
Ulasan
Tiada Ulasan. Log masuk atau Daftar untuk memulakan.