Blog Terkini
KEJADIAN UNTA ----------SIRI KEEMPAT
Unta boleh membuka dan menutup lubang hidungnya dengan kehendaknya sendiri, bertujuan untuk menghalang dari dimasuki pasir dan habuk. Apabila unta memusing hidung, sebenarnya ia menyejukkan hidungnya dari haba panas yang masuk kehidung.
BONGGOL
Unta tidak simpan air dalam bonggolnya sebagaimana yang disangkakan kebanyakkan orang. Bonggolnya adalah simpanan tisu lemak dimana ia mengambil tenaganya dari lemak tersebut apabila ia lemah. Ia  boleh menyimpan lebih kurang 80 pound lemak dalam bonggolnya. Sekiranya ia menggunakan lemak lemak itu bonggolnya akan kempis.
Tuan punya unta akan memastikan bonggol unta nya dalm keadaan baik sebelum memulakan sesuatu perjalanan, agar perjalanannya tidak terganggu kerana kelemahan unta.
KAKI
Walaupun kaki unta kecil tetapi kuat untuk membawa bebanan yang berat dalam perjalanan yang jauh. Boleh membawa sehingga 450 kilogram. Bila berjalan, dua kaki sebelah kiri akan bergerak selari, berlawanan dengan dua kaki sebelah kanan, seperti pengayuh sebuah sampan. Sebab itu ia mendapat gelaran Bantera Padang Pasir.
TAPAK KAKI
Unta mempunyai tapak kaki yang luas dan rata, sebesar pinggan besar. Satu tapak kaki, mempunyai dua jari yang bersambung terus tulangnya ketulang kaki. Bila kakinya diletakan atas tanah, tapak kakinya akan kembang untuk mengelak dari terbenam ke dalam pasir.
JANGKA HAYAT
DAGING
Daging yang segar  dan sedap datang  dari unta jantan muda. Daging unta amat sukar untuk dimasak secara sempurna. Kalau terlalu lama dimasak ia akan kental saperti getah.
SUSU
Susunya mempunyai lebih khasiat dari susu lembu dan kurang lemak. Sesetengah unta betina diternak untuk susunya sahaja.
BULU
Bulu unta mampu untuk menapis cuaca agar bersesuaian dengan suhu badan. Bulu unta mula luruh untuk salinan semasa musim bunga dan tumbuh sepenuhnya semasa musim luruh. Bulu yang luruh boleh mencapai seberat 2 ½ kilogram. Kebanyakkan kegunaan bulu ialah untuk membuat pakaian dan tikar.
bersambung.................
SANTAI--- DI MANA HENDAK KAMU MELINTASI SEMPADAN ?
Di mana hendak kamu melintasi sempadan ?
Kalau kamu melintasi sempadan Korea selatan secara haram
Kamu akan dipenjarakan 12 tahun kerja berat.
2.	Kalau kamu melintasi sempadan Iran secara  haram
Kamu akan  pasti di  tangkap dan di dakwa
3.	Kalau kamu melintasi sempadan Afghanistan secara haram
Kamu akan kena tembak
4.	Kalau kamu melintasi sempadan Arab saudi secara haram
Kamu pasti akan kena penjara
5.	Kalau kamu melintasi sempadan Republic Rakyat China secara haram
Orang tidak akan dengar dari kamu lagi
6.	Kalau kamu melintasi sempadan Venezuela  secara haram
Kamu akan dicapkan sebagai pengintip dan nasib kamu akan hilang bersama diri.
7.	Kalau kamu melintasi sempadan Cuba  secara haram
Kamu akan dihumban dalam penjara politik hingga reput
8.	Kalau kamu melintasi sempadan Britain  secara haram
Kita akan ditahan, diseksa dan di hantar ke penjara dan kekal di situ.
9.	Kalau kamu melintasi sempadan MALAYSIA  secara haram
Kamu akan dapat :
•	PR (PEMASTAUTIN TETAP)
•	Lesen memandu
•	Berhaq untuk mengundi
•	Kerja yg menunggu
•	Dipertimbangkan untuk menjadi BUMI…..
•	Dapat kad kredit
•	Peluang menyewa atau membeli rumah dengan pinjaman
•	Pendidikan percuma
•	Kesihatan percuma
KEJADIAN UNTA ----------SIRI KETIGA
1.	Sangat patuh kepada manusia,jika disuruh duduk ,bangun,berjalan, semua akan diturutinya.
2.	Kadang-kala garang kalau ia tak suka sesuatu, ia juga meludah dan menendang. Ia akan senyap dan sabar kalau ia meminati sesuatu.
3.	Ia merengus dan bunyi bising jika tidak suka seseorang atau sesuatu bebanan atas belakangnya.
4.	Haiwan yang kuat bekerja dan bijak.
5.	Pest (kadang kadang membawa kesusahan kepada pemilik)
SUHU BADAN
Unta tidak termengah-mengah atau teruncap-uncap walaupun ia berlari dari tempat yang jauh. Ia cuma mengeluarkan sedikit peluh sahaja. Untuk mengimbangi suhu, badan unta mampu untuk mengawal suhu, bertujuan untuk mengelak dari peluh ataupun menghalang air hilang dari badannya  dengan mudah. Tidak ada binatang ( mamalia )lain yang boleh berbuat begitu. Ia melaga-lagakan badan sesama sendiri di dalam kelompok untuk mengelak badan dari terlalu panas. Ia boleh hidup dalam cuaca yang panas terik sampai suhu 120 Ferenheit.
TELINGA
Telinga unta kecil tetapi pendengarannya tetap dan jitu. Walaubagaimanapun ia tetap tidak ambil endah kalau ia tak suka sesuatu arahan.
MATA
Matanya besar tetapi lembut. Mempunyai bulu mata yang tebal dan panjang. Ini adalah untuk menghalang dari sinaran matahari. Unta juga mempunyai kelopak ( lapisan ) mata yang kedua untuk menapis habuk dan pasir. Kalau sekiranya pasir memasuki juga ke dalam mata, penapis ini akan mencuci mata seperti waiper kereta mencuci cermin dari satu sudut ke sudut yang lain. Penapis ini amat nipis dan boleh dilihat melaluinya   (lutsinar ). Semasa ribut pasir, unta akan menutup matanya dengan lapisan ini dan masih lagi mampu berjalan.
MULUT
Unta mempunyai mulut yang besar serta terbelah  dan 34 gigi yang tajam bertujuan untuk memamah makanannya seperti pohon berduri tanpa merosakkan mulut. Juga bibirnya yang tebal  saperti getah membolehkan ia makan apa saja. Ia akan menelan makanannya dahulu dan menyimpannya ke dalam perut tanpa mengunyah . Kemudian ia akan memuntah kembali makanan itu serta mengunyah makanan tersebut sedikit demi sedikit.
Bersambung...............
Pada tahun 1946 dulu Dato' Onn himpun persatuan - persatuan Melayu diatas dasar hendak mempertahankan hak - hak Melayu dari 'Malayan Union' tajaan British. Kali ini buat lebih kurang macam tu juga, jadi sekarang siapa pulak yang hendak hancurkan Melayu?
Sejak 1946, dan setelah Merdeka sampai sekarang Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu (UMNO) yang mendominisi Kerajaan Malaysia. Jadi apabila MPM selamatkan Melayu yang baru ini ditubuhkan, adakah bererti yang UMNO sedang menghancurkan bangsa Melayu seperti mana British nak buat pada tahun 1946 dulu. Kerajaan yang memerintah adalah BN, yang UMNO menjadi tulang belakangnya, jadi yang tersiratnya puak - puak NGO ni nak lawan UMNO ke?.
Kalau UMNO tu pembela Melayu dan Agama Islam kenapa perlu diwujudkan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM)? sebab UMNO sebuah pertubuhan yang besar keahliannya sampai angka juta, namapun Melayu bersekutu takkan tak boleh pertahan apa saja yang terlibat dengan Melayu. Bukan sekadar itu saja Raja pun masih Melayu, Perdana Menteri dan Menteri - Menteri kanan dan isteri - isteri mereka pun Melayu. Bukan setakat jaga negara, tanah Melayu pun mereka jaga, takkan MPM ini tak percaya pada mereka?
Sewaktu orang puteh jajah Tanah Melayu dulu, diantara tujuannya tak mahu Islam tu berkembang dan kuat. Dari segi sejarah setelah runtuhnya kerajaan Islam Cordova, misi mereka adalah menghancurkan Islam. Sebab itu Melaka menjadi tumpuan, diwaktu itu orang Melayu sudah Islam. Kalaulah orang puteh datang ke Melaka sebelum Parameswara, rasanya penjajahan mungkin tidak sama. Dahulu Islam di tanah Melayu akan dibangsakan pada orang melayu, sebut melayu sudah pasti Islam, sebab itu orang asli tak dipanggil Melayu. Tapi sekarang tak Islam pun boleh jadi ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu.
Ratusan tahun orang puteh telah rosakkan pemikiran orang Melayu, iaitu dengan memisahkan Melayu dan Islam. Sebab itu semangat Kebangsaan atau nasionalis berjaya dalam memerdekakan negara kita. Selepas merdeka Mahkamah Syariah menjadi Mahkamah kelas kedua, undang - undang orang puteh diambil untuk menjaga rakyat Malaysia tak kira islam atau kafir. Sampai Bank Islam pun tak rujuk mahkamah Syariah, jadi orang puteh sudah berjaya kerana orang Melayu sudah tidak yakin lagi pada ugamanya.
Orang Melayu dikenali sebagai satu bangsa yang baik hati, dulu, kini dan selamanya. Dulu bagi Pulau Pinang kat orang Puteh kemudian Singapura kat Lee Quan Yew sekarang satu Malaysia nak beri dekat siapa pun tahu lagi, tunggu dan lihatlah. Dato Onn tubuh Umno kerana hendak selamatkan raja Melayu, dan kini Raja sudahpun selamat, sepatutnya mintalah pada raja - raja untuk selamatkan Melayu, dan rasanya tak perlulah ditubuhkan macam - macam pertubuhan untuk selamat Melayu.
Sewaktu BN menang besar dalam pilihanraya 2004 dulu isu semacam ini tak dengar pun, malah di Pulau Pinang orang - orang Melayu yang kuat - kuat tak pernahpun buat 'demo' walaupun ramai orang melayu Pulau Pinang berpindah ke Kuala Ketil dan Mahang. Sebenarnya isu melayu ini tidak perlu ditimbulkan lagi, sebab yang perintah Malaysia ini pun Melayu, patutnya merekalah yang jaga melayu.
MAT SABU
Mohd Sabu orang yang paling mudah didekati, dengan wajah yang sentiasa senyum dan ceria serta senang diajak berbual. Mohd Sabu yang lebih senang dengan panggilan Bang Mat menjadi idola ahli terbanyak disukai pelbagai lapisan malah yang 'down syndrom' pun memujanya. Ceramahnya sentiasa mendapat sambutan walaupun dalam iklim ceramah menjadi dingin. Dari segi populariti ceramah masa kini dikatakan Bang Mat ditangga kedua selepas Tok Guru Nik Aziz. 'Tok Guru Hj Hadi agak kurang sikit uummnya kerana masih mengekalkan ceramah stail lama', ujar seorang ahli yang sentiasa mengikuti ceramah PAS.
Bang Mat pemimpin berjiwa rakyat, 'kalau boleh kami nak bang mat menjadi calon' ujar pengundi di Permatang Pasir sebelum pilihanraya kecil dulu. Tapi itulah nasib Mohammad b. Sabu yang menjadi pujaan ramai tapi tak berapa disenangi oleh pimpinan pusat dan negeri. Kita singkap kembali pilihanraya kecil di Kuala Terengganu sepatutnya Bang Mat lah yang menjadi calonnya,malah Tok Guru Nik Aziz pun sudah berkempen untuknya namun isu 'anak tempatan' di mainkan. Begitu juga di Bukit Gantang, dengar khabar hanya nama Bang Mat dan Us Idris saja yang dicadangkan. Kali ini isu populariti pula dimainkan, dan akhirnya tersisih juga.
Pengundi di Permatang Pasir amat berharap Bang Mat bertanding di Permatang Pasir, tapi kali ini isunya Bang Mat tarik diri. Kenapa Bang Mat tarik diri? Satu soalan yang sukar di jawab. Walaupun perkara ini sudah berlalu, penulis rasa ianya perlu diperbincangkan, kerana seorang ahli politik yang menjadi pujaan semua lapisan masyarakat termasuk juga cina dan india sering diketepikan. Tidak dapat dinafikan ceramah Bang Mat sentiasa mendapat sambutan, kadang - kadang penulis melihat 'kalau nak cari duit' panggil saja Bang Mat ceramah. Di Pulau Pinang, terutamanya kawasan Tasek Gelugor seringkali Bang Mat di panggil ceramah untuk cari dana. Tapi untuk jadi calon?
Bang Mat anak jati Pulau Pinang apakah tiada tempat untuknya di Pulau Pinang, sewaktu beliau menjadi PJ Pulau Pinang dulu banyaklah surat - surat layang dilayangkan oleh anak - anak negerinya sendiri. Tiada pembelaan keatas dirinya apabila difitnah, sebab itulah Bang Mat merajuk. Kenapa Bang Mat merajuk? Mungkin Kak Norma saja yang boleh menjawab. Jawatan PJ PP dilepaskan dengan alasan untuk memberi tumpuan di Pusat.
Setelah Bang Mat tinggalkan Pulau Pinang, memang beliau memberi tumpuan di Pusat tapi bertanding Timbalan Presisen kalah jua. Pertandingan kali ini macam Bang Mat bertanding Ketua Pemuda dulu 'orang lain bertanding orang lain yang beruntung'. Walau apa pun Bang Mat Seperti yang dulu, bekerja untuk parti, berkhidmat untuk Islam tak pernah kenal letih dan takut. Ditangkap polis, reman, masuk mahkamah sudah menjadi asam garam hidupnya, tapi prinsip dan gerak dakwahnya tetap sama.
Inilah permata Pulau Pinang selepas Haji Yusof Rawa, orang yang disegani kawan dan lawan, ikhlas berjuang dan beramanah ketika bekerja. Apakah PAS PP tidak mahu orang seperti Bang Mat berkhidmat untuk rakyat PP? Kuota kerusi (pilihanraya) dalam PR tak banyak dalam PP jadi biarlah yang jadi calon yang benar - benar layak serta ditakuti musuh.
Sudah sampai masanya Bang Mat kembali bertanding di Pulau Pinang, dalam keadaan pengaruh DAP yang semakin baik ia amat memerlukan rakan yang baik dan berketerampilan di samping PKR. BPPNPP sepatutnya sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya ke 13, calon - calon mesti sudah dikenalpasti dan sudah mula bekerja serta berkempen, jangan ada lagi calon 'adhock'.Gerakkerja pilihanraya sepatutnya sudah dimulai, jangan asyik bermesyuarat fasal pembahagian jawatan sahaja. Ingatlah musuh sudah bersedia dan bekerja.
Ibu kepada seorang Nabi
Dalam suasana ketaqwaan kita menyambut kelahiran junjungan besar nabi Muhammad saw, janganlah kita lupa dari rahim wanita mulia inilah yang melahirkan insan mulia. Dialah ibu yang diberkati, ibu kepada anak yatim yang terpilih, ibu kepada penghabisan nabi dan rasul. Namanya Aminah binti Wahb bin Abdu Manaf bin Zohrah bin Kilab bin Murrah yang lahir pada pertengahan abad ke 6 masihi.
Perkahwinan Aminah binti Wahb dengan Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdu Manaf bin Qushai bin Kilab bin Munrah bin Kaab bin Lu - Ai bin Ghalib bin Feher bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Huzaimah bin Muduikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan sampai ke Ismail bin Ibrahim. Perkahwinan dua keturunan yang mulia inilah yang melahirkan nabi besar kita Muhammad saw.
Aminah yang dikahwinkan dengan seorang lelaki yang menjadi rebutan hati seluruh perawan - perawan di kota Mekah. Abdullah lelaki yang menjadi nazar oleh ayahnya akhirnya di tebus dengan semahal - mahal tebusan yang pernah dikenal oleh bangsa Arab, yang mengimbas kembali sejarah nabi Ibrahim dan anaknya Ismail.
Pada malam pertama perkahwinannya Aminah bermimpi melihat suatu cahaya muncul dari dirinya, lalu menerangi sekitarnya seolah - olah dia dapat melihat istana - istana Kaisar di bumi Syam, dan dia telah mendengar satu suara menyeru kepadanya: sebenarnya , engkau telah mengandung pemimpin umat ini.
Aminah hanya sempat bersama suami tercinta selama sepuloh hari, yakni terpaksa melepaskan pergi bersama kafilah yang menuju ke Syam. Kerinduan pada si suami amat terasa setelah diketahui yang perut pun sudah berisi. Penantian suami tercinta berakhir dengan kesedihan menerusi kematian suami akibat demam panas.
Kesedihan kian berlalu, Aminah dibawa pula berita bahawa tentera Abrahah telah berada dipintu kota Mekah untuk meruntuhkan Kaabah. Dengan kuasa Allah mereka ditimpakan kehancuran yang belum dikenal dalam sejarah peperangan iaitu serangan burung ababil. Cerita Abrahah menjadi bualan hangat pada masa itu dan pada masa itu jugalah sakit hendak bersalin mula dirasai.
Masa yang ditunggu sudah pun tiba, iaitu pada waktu sahur Isnin, di bulan Rabiulawal perasaan bimbang kian menyelubungi dirinya. Namun perasaan itu segera hilang seolah dirasakan cahaya mengelilingi dunianya, dia terasa seolah - olah dia telah di kelilingi oleh ramai para ibu yang duduk di sampingnya. Mereka itu ialah ibu - ibu mulia dari kandungan sejarah iaitu Maryam puteri Imran, Asiah isteri Firaun, Hajar ibu Ismail dan lain - lain lagi.
Apabila tiba saja waktu fajar, maka Aminah sudahpun melahirkan anaknya yang dikelilingi oleh cahaya - cahaya yang telah meneranginya dari segala sudut dari tempatnya. Bayi yang lahir tanpa setitik darah serta yang siap dikhitan itulah nabi junjungan kita Muhammad saw.
Sewaktu berusia enam tahun Muhammand telah menunjukkan tanda - tanda untuk menjadi orang besar, diwaktu itulah Aminah amat teringat pada arwah suaminya kerana wajah sang anak tak tumpah seperti wajah ayahnya. Aminah beserta anaknya menyertai satu kafilah ke Sham lantas ke Yatsrib untuk menziarahi kubur suaminya. Sampainya di Yatsrib, Muhammad dibawa menziarahi kubur ayahnya, disana Aminah menangis sepuas - puas hatinya sehingga lenyap rindu dan kesedihannya selama ini.
Antara Pengerusi PUZ Pulau Pinang dan MAIPP
"Pada hemat Umno Pulau Pinang ini adalah satu perkara yang memanipulasi hal ehwal zakat untuk kepentingan politik, bukannya untuk kepentingan asnaf yang ditentukan oleh syariat,..."  SUMBER
Berita itu menyuntik semangat saya untuk kembali bersilat dalam dunia tadbir urus korporat yang saya cuba pisahkan daripada diri saya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Saya hairan kenapa YB Shabudin dan Datuk Zahid Hamidi tidak mengkaji duduk perkara tadbir urus korporat dan perundangan korporat sebelum membuat kenyataan? Bukankan MAIPP dan PUZPP adalah umpama ayam dengan itik? Mustahil ayam mempunyai ketua dari kalangan itik, dan mustahil juga jika itik mempunyai ketua dari kalangan ayam. Kedua-duanya adalah binatang ternakan berbeza. Berbeza spesis!
MAIPP adalah suatu badan kerajaan manakala PUZPP adalah badan korporat (mengikut takrif korporat dalam konteks perundangan). Kedua-duanya walau dilihat seperti serumpun, tetapi adalah berbeza dan berasingan. Biarpun MAIPP memiliki (sebenarnya "bukan memiliki" dalam konteks perundangan) 100% pegangan dalam PUZPP, di sisi undang-undang PUZPP tetap "makhluk perundangan" yang sama sekali berbeza dengan MAIPP. PUZPP adalah organisasi yang mempunyai acuan dan roh yang tersendiri dan tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana organisasi lain termasuk organisasi yang memegang 100% kepentingannya.
Siapa yang akan dilantik sebagai Pengerusi dalam PUZPP ditentukan hanya sanya oleh lembaga pengarah PUZPP. Dalam proses membuat pilihan itu lembaga pengarah PUZPP tidak boleh dipengaruhi oleh pihak luar (hatta oleh pemegang saham mereka sendiri).
Isu kedua, kenapa isu Pengerusi terlalu diperbesarkan? Besarkah kuasa Pengerusi? Sebagai suatu badan korporat PUZPP tidak boleh sama-sekali bergerak dan melaksanakan keputusan berdasarkan kepada arahan Pengerusi PUZPP. PUZPP hanya boleh melaksanakan ketetapan oleh Lembaga Pengarah secara kolektif dan bukannya dengan arahan atau dengan pengaruh Pengerusi PUZPP.
Sama ada bersetuju atau tidak dengan hal-keadaan ini, itulah undang-undang yang ada. Jika lemah undang-undang (ada kalanya undang-undang kita selemah peraturan yang dibuat oleh AJK Pinggan Mangkuk di Taman Perumahan) itulah undnag-undang yang ditonggakkan ke  langit oleh kerajaan sekarang.
Saya tidak ingin mengulas panjang kerana tidak mahu lagi berada di bawah payung hal-ehwal perundingan korporat yang saya cuba pisahkan daripada diri saya. Memadai saya tutupi tulisan ini dengan suatu dikta yang saya adaptasikan daripada seorang Hakim di England yang menyebut, antara lainnya:
Siapakah Pengerusi? Pengerusi adalah tidak lebih dariapda seseorang yang duduk di atas kerusi. Diberi kerusi dia duduk, diminta bangun dia perlu bangun dan melepaskan kerusinya, jika perlu ditarik kerusi daripadanya, dia secara mutlaknya akan jatuh.
Jika anda ingin saya mengulas lanjut, sila beri respons di sini. Kalau perlu, jemput saya berceramah (gurau sahaja!)!
FATWA FATWA
JAWAPAN : Di dalam sebuah Hadis daripada Ibn Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah melalui 2 buah kubur, kemudian baginda bersabda, “ sesungguhnya keduanya sedang di azab, bukan kerana melakukan dosa  yang besar, ada yg seorang ini diseksa kerana ia tidak bersih mencuci kencingnya, sedangkan yg seorang lagi diseksa kerana ia suka menceritakan keburukan orang lain.” Kemudian Baginda minta diambilkan pelepah tamar yg hidup lalu dibelah menjadi 2 ,satunya baginda tanamkan ke kuburan yg satu, belahan yg lain Baginda tanamkan ke kuburan yg satu lagi, kemudian Baginda bersabda yg bernaksud: “Mudah mudahan kedua(pelepah tamar basah) ini akan mengurangkan azab keduanya selama ia belum kering” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Dari  Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. pernah menyuruhnya mematahkan 2 batang dahan berdaun daripada 2 pokok dan pernah Baginda jadikan sebagai pelindung diri sewaktu baginda membuang air, dan baginda menyuruh saya meletakkan yg satunya disebelah kirinya sedang baginda duduk sambil bersabda, “ Sesungguhnya aku telah melalui 2 kuburan orang yg sedang di azab, semuga dengan syafaatku, azab mereka akan dihilangkan selama 2 dahan ini masih basah.” Hadis riwayat Imam Muslim.
Ada beberapa Hadis tentang menanam pokok di atas kubur dan dalam memahaminya golongan ulama’ ada 2 pendapat.
1)	Pendapat yg pertama bahawa perkara tersebut adalah khas untuk Rasullullah s.a.w. sahaja bukan untuk orang lain.
2)	Pendapat yg kedua  mengatakan bahawa perkara tersebut untuk setiap orang Islam, kerana setiap orang Islam harus mengikuti perbuatan Rasulullah s.a.w. yang tidak merupakan kekhususan bagi Baginda sahaja. Tambahan pula tidak ada dalil yg menunjukan para sahabat mengingkari perkara tersebut sewaktu seorang sahabat bernama Ibn Khusaib berwasiat supaya diletakan 2 dahan pokok di atas kuburnya. Bahkan banyak yg meriwayatkan bahwa dia mewasiat supaya ditanam ke dalam kuburnya, kerana untuk mengikuti perbuatan Rasulullah   s.a.w.
Bagi Saya Bank Islam ialah sebuah bank yang hanya akan menyuburkan sistem kapatilis yang bertopengkan nama islam, iaitu membuat keuntungan diatas kesusahan orang lain. Apakah produk Bank Isllam? Tiada lain hanyalah menggunakan deposit orang ramai kemudian memberi pinjaman kepada mereka yang perlu. Untung bank punya (lembaga pengarah) kalau rugi? (rujuk akta bank 1967). Pelbagai ungkapan syariah dicipta supaya menampakkan keislamnya, tapi matlamatnya hanyalah untung. Alasan yang diberi ialah redha meredhai diantara dua pihak yang meminjan dan memberi pinjaman. Bank konvensional pun kita redha juga.
Islam merupakan perkara besar, apabila bank kita namakannya dengan islam ia perlu ada roh. (betul kata Pa'Ngah) Bagaimana nak kata Islam kalau rohnya tidak ada, seperti orang islam yang tidak ada roh islam kita panggil apa? Saya tidak mahu komen atau tulis tentang cacatnya bank islam ini, kerana saya rasa sudah ramai diantara kita yang pernah berurusan dengan bank ini, kita nilailah sendiri. Apa yang penting saya ingin mengajak ustaz - ustaz serta ulama marilah kita berbincang dan meneliti secara jujur agar Bank yang dinamakan Bank Islam betul islam serta dapat bantu orang islam. Jangan sampai namanya islam tapi menghisap darah orang islam.
Perbankan Islam: Islam Urus Niaga BUKAN Islam Roh
Perbankan Islam adalah suatu usaha memurnikan aktiviti perbankan yang selari dengan syariat Islam. Secara mudahnya aktiviti sesebuah bank Islam (atau apa juga istilahnya) diberikan nafas Islam. Semenjak diperkenalkan hampir 30 tahun lalu, amalan perbankan Islam telah menjadi sebati di kalangan pengguna. Pengguna Islam sudah disediakan alternatif untuk bermuamalat secara Islam.
Ironisnya dalam keghairahan kita melaksanakan perbankan Islam kita lupa tentang organisasi bank Islam itu sendiri. Adakah semua bank Islam yang melaksanakan perbankan Islam mempunyai roh Islam. Jika dianalogikan kepada manusia, seoolah yang diIslamkan itu adalah kerja sehari-hari manusia itu tetapi roh dan fizikal manusia itu masih tidak Islami. Jika keIslaman manusia tergantung kepada aqidahnya dan berfungsi kepada amalannya yang harus selari dengan paradigma Tauhid, maka bank Islam juga demikian. Paradigma Tauhid yang ada pada sesebuah bank Islam adalah pada lembaga bertulis yang membentuknya. Sesungguhnya, keIslaman organisasi bank Islam itu terletak kepada perlembagaan yang membentuknya.
Kenapa aspek ini diabaikan? Kenapa perlembagaan bank Islam tidak didraf secara yang menepati kehendak syara'? Kenapa aktivitinya sahaja yang disyara'kan? Bukankah aktiviti itu hanyalah angkubah yang bergantung kepada angkatapnya (iaitu perlembagaannya)? Mana mungkin seorang itu Islam amalnya tanpa Islam aqidahnya?
Saya memohon para ulama' memikirkan persoalan ini!
Aurat Wanita: Mengapa Ustaz-ustaz Menyepi?
Saya belum bersedia menulis tentangnya. Anda boleh membaca tulisan ini.
Setiap kali saya menghantar anak perempuan saya pulang ke asrama antara tahun 2009 hingga 2010, saya dapati 99% pelajar sekolah berkenaan memakai seluar(lazimnya jeans). Hampir tidak ada yang memakai pakaian Melayu yang lazimnya lebih ke arah menutup aurat. Saya tidak mengatakan bahawa memakai seluar itu sebagai tidak menutup aurat, tetapi saya berani mengatakan bahawa terlalu sukar untuk menutup aurat dengan memakai seluar!
Oh, tragisnya!
Sebagai penutup pojok ini, izinkan saya memetik kata-kata YAB Ustaz Dato' Seri Azizan Razak dalam salah satu ceramahnya:
"Saya lihat ramai muslimat yang hadir ceramah yang memakai seluar. Apabila ditanya mereka kenapa berbuat demikian. Mereka penuh yakin menjawab, "Ustaz, senang nak lari la bila FRU ligan."
KHUTBAH UST.TAQIUDIN DI MASJID HASHIM YAHYA
Wahai orang orang yg beriman, jika datang kepada kamu orang yg fasik membawa berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan sesuatu mushibah kepada satu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al Hujurat 6)
Sidang jumaat yg di muliakan,
Ayat yg dibacakan di atas memberi isyarat yg jelas tentang larangan yg keras , kepada mereka mereka yg mudah percaya, lekas percaya kepada berita berita yg di bawa oleh orang orang yg Fasik, memburukkan seseorang atau sesuatu kaum. Bukan  di iyakan terus dan bukan pula dinafikan terus. Bahkan hendaklah diselidiki terlebih dahulu dengan teliti samaada benar ataupun palsu. Jangan sampai terburu buru menjatuhkan hukuman dan keputusan yg salah, padahal ternyata selepas itu tidak ada samasekali kesalahan sebagaimana yg diberitakan.
Sidang jumaat yg di muliakan,
Kalau dahulu , mereka yg di gelar Fasik ini adalah seorang yg bernama Al Walid bin Uqbah bin Mu’ith. Yg telah membawa berita palsu, tentang Bani Mustaliq, yg hampir hampir membawa  serangan Rasul s.a.w. ke atas bani Mustaliq yg kononnya telah Murtad  dari Islam. Maka Allah telah menurunkan ayat ini sebagai satu bentuk perundangan yg membawa kaedah dan makanisma , bagaimana sesuatu isu itu perlu ditangani dan diselesaikan.
Sidang jumaat yg di muliakan,
Dalam mengharungi dunia globalisasi, dunia IT, dunia sms kita tidak dapat mengelakkan diri dari menerima berita 2 palsu, isu2, gossip2, khabar dan fitnah yg tidak berasas lalu dihebohkan. Malah maklumat2 dihujung jari inilah yg menjadi Al-Quran dan Al-Hadis serta Nas yg tidak ditolak. Bahkan disebarkan melalui blogger dan facebook serta handset yg canggih agar sampai kepada sasaran nya.
Sidang jumaat yg di muliakan,
Kalau zaman Rasulullah s.a.w , Al Walid bin  Ukbah menyebarkan berita palsunya dengan mengunakan kuncu kuncunya, sehingga dia digelar dengan gelaran yg hina iaitu Fasik. Para ulama telah mendefinasikan fasik pada al walid ini adalah Kazaab,yakni pembohong, dan orang yg tidak segan silu melakukan dosa dosa.
Sidang jumaat yg di muliakan,
Izinkan mimbar kali ini mendefinasikan fasik menurut kacamata dunia tanpa sempadan, menjangkau skop skop perlakuan hidup manusia yg tidak segan dan malu melakukan dosa masakini.
Kita mengambil hadis Ar Rasul sebagai neraca timbangan:
Menyelidiki dengan tenang adalah dari Allah dan tergopoh gapah adalah dari Syaiton.
Mereka yg tergolong dalam orang2 fasik adalah mereka yg berbohong dalam kenyataan dan fakta. Juga mereka mengharapkan maklumat yg disampaikan segera diterima dan dicerna agar racun berita itu berkesan pada sasarannya. Orang 2 fasik juga adalah mereka mereka yg menjadikan berita itu bentuk provokasi agar timbul sentimen sentimen memburuk seseorang atau kumpulan.
Sidang jumaat yg di muliakan,
Di atas konsep tidak segan dan tidak malu melakukan dosa; definasi Orang 2 fasik juga terdiri dari mereka mereka yg ada kepentingan peribadi saperti: Perasuah dan penerima rasuah, yg tidak menilai adakah halal atau haram sumber rezki yg di terima.Orang2 fasik juga merupakan pemimpin2 yg menyalah gunakan kuasa.
Juga Peniaga peniaga yg hanya memikirkan keuntungan dan laba yg banyak tanpa memikirkan kemaslahatan ummah. Kalau peluang mereka tergugat mereka akan bangun melatah dan menyebarkan maklumat palsu. Lain lah pula semasa mereka berada dalam kekenyangan dalam tembolok mereka dahulu. Mereka diam seribu bahasa akibat terlalu kenyang dengan kemewahan dunia.
Sidang jumaat yg di muliakan,
Definasi orang 2 fasik juga tidak terlepas dari mereka mereka yg hidup bergelumang dengan dosa dan maksiat yg berterusan, suka pada kehidupan berpoya poya, tidak ada tanda tanda Islam dalam way of life nya. Memuja pemimpin dan bintang hiburan yg tidak memberi apa apa saham untuk Islam.
Orang 2 fasik inilah pada hari ini, bangun untuk menyampaikan maklumat terkini, dengan mengatakan siapa yg benar, siapa yg salah, siapa yg menyeleweng dan siapa yg tidak amanah. Siapa yg tertindas , siapa yg di tindas.
Kononnya merekalah juara rakyat  dan pejuang saperti Al Walid bin Ukbah juga. Maka terbitlah doktrin doktrin lemah yg menyatakan kita perlu berarak semasa MaulidurRasul kerana hendak ikut bangsa lain yg boleh berarak.
Sidang jumaat yg di muliakan,
Berarak bukanlah menambah pahala dan tidak lah menjadi berdosa.Ia adalah mubah.  Apalah erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi s.a.w kemudian menolak apa yang Nabi s.a.w. suruh dalam kehidupan kita. Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tidak menghayati sunnah Nabi s.a.w.dalam minda dan pemikiran kita.  Susah payah berarak, berselawat kemudian rasuah. Lagi banyak berselawat lagi banyak menyapu wang rakyat.Lagi banyak berarak berselawat kemudian lagi banyak salah guna kuasa.
Lagi banyak berarak, berselawat SPRM jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri. Adakah ini nilai perarakan Maulud dan selawat keatas nabi s.a.w.  bagi golongan fasik yg menjadi pembawa berita palsu ? .
Sidang jumaat yg di muliakan,
Perarakkan Maulud tiada salahnya, tiada perarakan tak lah berdosa jadinya. Yang salah dan berdosa bila tolak sunnah Nabi s.a.w. Yang salah dan berdosa bila rasuah, salah guna kuasa, adu domba dikalangan rakyat agar bergaduh.
Yang salah dan berdosa bila orang2 fasik lakukan provokasi dengan berita palsu, supaya umat islam bakar Gereja,surau dan lempar kepala khinzir ke dalam masjid.
Sidang jumaat yg di muliakan,
Maka selidikilah dahulu setiap maklumat,setiap berita, setiap isu, setiap sms yg kita terima, agar kita tidak menjadi habuan racun fitnah orang orang Fasiq. Janganlah kita menjadi pelahap yg menelan segala apa yg kita terima.
KEJADIAN UNTA ----------SIRI KEDUA
Unta Bactrian pula berasal dari Bactria(nama lama bagi Turcmenia dan Iran ) sebagai binatang ternakan. Kemudian ia tersebar luas di negeri China dimana unta menjadi pengangkutan utama di laluan sutera. Begitu juga unta jenis ini terdapat di Russia dalam zaman Pra –sejarah.
Pada hari ini haiwan Unta tersebar luas di semenanjung tanah Arab, India, Padang pasir Afrika dan Asia, selatan Monggolia dan Utara China. Australia mempunyai jumlah Unta yang terbanyak  di Dunia.
UNTA DALAM SEJARAH ARAB DAN ISLAM
Banyak sekali  disebut tentang unta dalam sejarah Arab dan Islam. Sebelum lahirnya Nabi Muhammad s.a.w. banyak qisah qisah disampaikan   secara lisan saperti qisah datuk Nabi s.a.w. , Abdul Mutolib, yang mempertahankan 200 ekor unta unta nya yang di curi oleh Abrahah,walaupun semasa itu ancaman yang besar adalah ke atas Kaabah, yang akan di serang oleh Abrahah.
Begitu juga qisah yang terdapat dalam Al Quran, tentang qaum Thamud yang kufur akan pemberian Allah seekor unta betina kepada Rasulnya ,Nabi Soleh a.s. Unta betina(Nakotallah) yang hebat itu merupakan mukjizat Allah Taala dan merupakan ujian kepada qaum yang engkar.
Sirah Nabi Muhammad s.a.w. juga menceritakan unta Nabi yang bernama ‘Adbaa dan betapa kuatnya unta ini  berlari. Begitu juga unta memainkan peranan yang penting dalam Hijrah Rasul s.a.w. yang mayhur itu. Unta juga menjadi haiwan tunggangan semasa peperangan dan juga penyembelihan Korban.
KEGUNAAN DAHULU KALA
1.	Pengangkutan
2.	Teduhan (berteduh dari sinar matahari)
3.	Susu
4.	Daging
5.	Bulu
6.	Belulang
KEGUNAAN SEKARANG ( DUNIA MODEN )
1.	Pertandingan
2.	Susu
3.	Daging
4.	Kenangan & Mascot
KEGUNAAN SEKARANG ( AFRIKA DAN ASIA )
1.	Kenderaan
2.	Kerja-kerja perladangan
bersambung..................
Antara Solat dan Aurat
Solat merupakan rukun Islam kedua dan merupakan amalan yang paling utama dan paling dicintai oleh Allah Ta’ala. Ar-Rasul -alaihishshalatu wassalam- menjadikannya sebagai penjaga darah dan harta, sehingga apabila seseorang meninggalkannya maka darah dan hartanya akan terancam. Kerana sangat pentingnya solat ini,kita melihat begitu ramai masyarakat yang memberi perhatian yang amat serius dalam mendalami ilmu - ilmunya. Di masjid, surau maupun di radio, sekiranya ada soal jawab berkenaannya amat ramailah yang mengambil bahagian, bukan sekadar orang muda malahan golongan dewasa ataupun tua masih lagi bersoal jawab.
Senario ini memberi makna bahawa penjagaan solat amat dititikberatkan oleh masyarakat islam yang beriman. Atas alasan apakah solat diberi perhatian dan penelitian? Tentulah kerana masyarakat islam beriman pada Al Quran, kerana Arahan Allah tentang solat ini disampaikan oleh Al Quran yang diterjemahkan oleh nabi Muhammad saw.
Yang menjadi aneh kenapa ayat - ayat Al quran berkenaan aurat dan perhiasan tidak diberi perhatian dan penelitian seperti arahan solat khususnya kaum wanita.Contoh seperti ayat (i) Wahai Nabi!katakanlah kepada isteri - isterimu dan isteri - isteri orang mukmin,"hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka."....(QS. Al Ahzab : 59) (ii) “dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka…” (QS. an-Nur : 31).Saya tidak bermaksud untuk menterjemahkan ayat ini, tetapi ingin mengajak terutamanya diri saya sejauh mana kita patuh dan beriman dengan ayat - ayat ini.
Adakah kita taat dan patuh pada ayat ini, sepertimana kita patuh pada ayat - ayat solat. Terkadang kita melihat muslimat yang tidak menutup aurat lantas mengenakan telukung lalu bersolat. Ibu - ibu yang melabuhkan jilbabnya terkadang memperlihatkan perhiasannya. Inilah persoalan yang agak serius melanda umat islam masa kini yang tidak beriman pada Al Quran seluruhnya.
Marilah kita teguhkan iman kita dengan memberi perhatian khusus dan serius berkenaan aurat dan perhiasan seperti mana kita memberatkan bab solat.
KEJADIAN UNTA ----------SIRI PERTAMA
Tidakkah mereka memperhatikan keadaan Unta  bagaimana ia diciptakan?
--AL GHAASYIAH 17
MUQADDIMAH: Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Unta merupakan haiwan mamalia yang selalu di jadikan bahan lawak dalam cerita rakyat yang menunjukan kebodohannnya. Atau menjadi panggilan namanya kepada orang yang lurus  dunggu kerana menjadi pak turut.
Perlu diperbetulkan, bahawa Allah Taala memuliakan haiwan ini dengan turunnya ayat ayat Al Quran tentang kehebatan haiwan ini. Juga disarankan agar kita memperhatikan penciptaan  kejadian unta.
Sebagai seekor haiwan yang mempunyai banyak keistimewaan, unta berhubung rapat dengan masyarakat manusia, lebih lebih lagi bangsa Arab yang boleh dikatakan sinonim dengan unta. Malah unta selalu menjadi Maskot kepada bangsa Arab dalam kebanyakan aktiviti kehidupan.
Walaubagaimanapun anggapan ini tidaklah setepat sebagaimana yang disangkakan kerana unta bukan berasal dari Negara Arab, malah ia tersebar pada kebanyakkan gurun gurun padang pasir di seluruh dunia.
Semoga tulisan yang ringkas ini dapat mengikis persepsi dungu yang ada pada unta, juga kepada bangsa Arab yang menjadi ‘Tuan’ kepada unta sejak beribu  tahun dahulu.
PENGENALAN
JENIS-JENIS:
1.	UNTA ARAB  atau DROMEDARY(Camelus dromedaries)
2.	UNTA BACTRIAN    (Camelus bractrianus )
Unta Arab mempunyai satu bonggol, sementara Unta Bactrian mempunyai dua bonggol.
Unta Bactrian lebih besar dan bergerak lebih kuat dari Unta Arab.
SEJARAH
Kita tidak tahu dengan tepat bila Allah Taala menciptakan Unta untuk menghuni di muka bumi ini. Walau bagaimana pun sejarah telah mencatatkan, Unta wujud semenjak beberapa  juta  tahun dahulu. Ia memainkan peranan yang penting bagi manusia semenjak 4 ribu tahun yang lampau. Ini ialah kerana ia dapat hidup di tempat kebanyakkan haiwan besar tidak boleh hidup. Ini termasuklah padang pasir yang luas, kering kontang serta panas yang terik.
bersambung.............